m4s0n501

Tips Pinggang Ramping

Jika disuruh melukis gambar seorang wanita cantik, kebanyakan orang sudah tentunya akan melakar (atau sekurang-kurangnya membayangkan) gambaran seorang wanita yang memiliki liuk lekuk pinggang yang ramping.

Tanggapan umumnya, salah satu ciri-ciri rupa paras yang cantik ialah memiliki pinggang yang langsing umpama bentuk botol Coke.

Jadi, adakah terdapat kaedah yang mudah diamalkan untuk mendapatkan pinggang yang ramping?
tips pinggang ramping
Menurut satu laporan kajian yang diterbitkan dalam European Heart Journal, seseorang yang sering berdiri mempunyai ukuran pinggang 4.1 cm lebih kecil daripada mereka yang lebih banyak atau kerap duduk.

Maka, tips mudah untuk dapatkan pinggang ramping ialah banyakkanlah berdiri.

Berdiri boleh membantu badan menyingkirkan lemak dan gula dalam darah.

Cubalah amalkan untuk bangun daripada kerusi anda setiap setengah jam sekali dan berdiri selama satu minit sebelum duduk semula.

Ataupun, jika berkemampuan, bagi yang bekerja di pejabat cubalah bangun dari tempat duduk setiap kali menjawab panggilan telefon dari pelanggan dsb.nya.

panduan berkaitan:

cara kecilkan pinggang | Kecilkan pinggang | pinggang ramping | senaman kecilkan pinggang | tips kecilkan pinggang |

Speak Your Mind

*