Tags Posts tagged with "tips kurus"

tips kurus

Punca: RAKAN-RAKAN

Sedarkah anda bahawa rakan taulan kekadang boleh menjadi penyebab kenapa kita gagal menyempurnakan program untuk berdiet.

Pantang kalau ada masa terluang, telefon mulalah berdering dan rakan-rakan rupanya sudah menunggu anda di kedai mamak berhampiran ajak melepak bersama-sama. Itu belum diambil kira dengan jemputan berkelah, BBQ, parti hari jadi, menonton wayang dsb.nya yang sudah pasti ada program makan-makan pula selepas semua aktiviti riadah tersebut.

Sekiranya pelawaan diaorang kita tolak, nanti dikatakan pula kita nie tak “sosial” huhu…

Ada pula tu yang sesetengah kengkawan siap kutuk lagi kalau dapat tau bahawa kita nie sedang berdiet… hampeh tul… Kesudahannya, kita cuma mampu mengunci mulut dan terus memilih juadah yang serba enak tapi boleh menambahkan kembali lemak-lemak di badan tu semata-mata untuk menjaga rahsia dan agar kengkawan tu tak banyak soal. Tapi apa jadi dengan usaha anda untuk mengurangkan berat badan yang semakin bertambah tu.. huhu…

Cara Mengatasi :
Ingatkan diri anda bahawa persahabatan ada sempadannya dan setiap individu perlu diberi ruang untuk mencapai impiannya tanpa komen yang tidak membina dan negatif dari orang lain.

Ada sesetengah rakan nie, samada sengaja atau tidak sengaja, sekiranya dia tahu anda sedang berdiet, pasti ada yang akan cuba sabotaj diet anda. Justeru, cara paling wajar ialah untuk tidak memberitahu kepada siapa pun hasrat anda ingin menurunkan berat badan.

Tak salah keluar makan dengan kawan-kawan atau sesiapa sahaja, tapi pandai-pandailah anda memilih menu yang sihat dan seimbang. Walaupun makan di restoran makanan segera, anda masih boleh memilih salad dan diet soda.

Secara tak langsung, mereka akan lebih menghormati prinsip anda sebaik sahaja melihat menu pesanan anda. Kalau sepanjang hari itu anda makan dan makan, tolaklah pelawaan rakan untuk keluar makan lagi waktu dinner atau pada waktu lewat tengah malam.

Kekadang kena tunjuk ‘selfish’ sikit demi mencapai sesuatu..hehe… Jangan diturut sangat kehendak kawan-kawan yang sering ajak makan-makan. Usaha sehingga berat yang diimpikan dapat dicapai.

panduan berkaitan:

air alkali dalam tubuh bada sejauh mana keberkesanan nya? |

Manusia dilahirkan dengan bentuk fizikal yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, tak semua orang memiliki ketinggian, bentuk dan berat badan yang sama.

Lazimnya, bentuk badan bolehlah diletakkan dalam tiga kategori. seperti berikut:

1.   Ektomorph – memiliki bentuk badan yang tinggi, kurus dan kurang lemak badan.

2.   Mesomorph – mempunyai pinggang yang lebih kecil daripada bahu.

3.   Endomorph – memiliki pinggang yang lebih besar daripada bahu.

Walau bagaimana pun, bukanlah bentuk badan yang perlu dijadikan keutamaan. Yang lebih penting ialah untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal.

Untuk mengetahui samada anda mempunyai berat badan yang ideal atau tidak, anda perlu mengukur Body Mass Index cara-cara nak kurus(BMI).

Berat badan yang ideal ialah yang dikategorikan sebagai sederhana – yakni tidak gemuk dan tidak juga kurus.

Bagi sesiapa yang ingin memiliki berat badan sedemikian, maka disarankan untuk mengelakkan atau seboleh-bolehnya mengurangkan makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Akan tetapi, jangan pula sampai berlapar dengan tidak menyentuh sebarang makanan semata-mata ingin kurus!

Makanlah dengan cukup dan teratur dengan memperbanyakkan pengambilan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak memberi zat yang diperlukan untuk badan dan pada masa yang sama kurang mengandungi lemak yang tidak baik.

Cuba amalkan langkah-langkah berikut untuk menurunkan berat badan ke tahap yang ideal…

1.   Tanamkan azam dan bertindak untuk menurunkan berat badan secara perlahan-lahan, lebih kurang satu kilogram seminggu. Makan pelbagai makanan yang rendah kalori dan tinggi kandungan nutrien.

2.   Makan nasi, roti atau bijirin tanpa tambahan lemak dan gula di dalam penyediaannya.

3.   Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berkalori tinggi.

4.   Elakkan sama sekali pengambilan alkohol.

5.   Elakkan pengambilan makanan ringan (junk food) di antara waktu makan. Jika berasa terlalu lapar atau perlu makan di antara waktu tersebut, pilihlah buah-buahan.

6.   Makan pada waktu yang tetap. Dengan demikian, lama-kelamaan badan anda akan ‘adjust’ dan tidak akan berasa lapar sebelum tiba waktunya.

7.   Makan di tempat khas yang disediakan – meja makan di dapur dsb.nya. Elakkan makan di hadapan televisyen kerana ia merupakan amalan yang boleh menyebabkan kita asyik ‘menyumbat’ makanan ke mulut tanpa sedar.

7.   Gunakan pinggan yang kecil dan elakkan menambah makanan yang tinggi kandungan lemak.

8.   Berusaha untuk sibukkan diri dengan aktiviti menyihatkan demi mengelakkan tubuh dari mengingati makanan.

9.   Kurangkan pengambilan gula dan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.

10. Cuba bersenam sekurang-kuyrangnya 3 kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

panduan berkaitan:

macam mana nak kurus | cara nak kuruskan badan | kurus secara sihat | macam mana nak kuruskan badan | cara nk kurus |

4

Adakah taktik meninggalkan sarapan berkesan untuk menurunkan berat badan?

skip breakfast untuk kurus

Sebelum ini, setiap pagi saya akan mengambil sarapan pagi. Namun, sebab berat badan yang makin naik dan atas sebab ingin diet, saya sudah tidak lagi mengambil sarapan (biarpun kelaparan). Setakat minum air sahaja pada waktu pagi. Saya akan makan waktu tengahari jer dan malam pula ambil makanan yang ringan-ringan sahaja seperti roti atau salad. Setakat nie saya rasa ada sedikit penurunan tetapi saya rasa letih sangat. Adakah teknik yang saya praktikkan dengan tidak mengambil sarapan pagi bagus dan betul-betul dapat membantu menurunkan berat badan?

Jawapan: 

Anda tak sepatutnya skip sarapan pagi kerana cara tersebut bukan sahaja tidak membantu menurunkan berat badan, sebaliknya ia memberi kesan yang terbalik kerana teknik sedemikian akan menurunkan kadar metabolisme badan yang akhirnya menyebabkan kenaikan berat badan.

Sarapan pagi adalah sajian paling penting dalam seharian. Sebab itu ada pepatah Inggeris yang berbunyi “Breakfast like a king, lunch like ordinary person and dinner like a poor”. Maksudnya lebih kurang – makan sarapan pagi tu biarlah banyak-banyak, tengahari pula biar berpada dan kalau boleh malam tu makan sedikit amat.

Selain itu pemilihan makanan untuk menu sarapan juga perlulah berkhasiat dan bukan hanya kepada menu yang digemari. Adalah amat digalakkan mengambil sarapan yang rendah lemak, rendah karbohidrat tetapi tinggi serat.

panduan berkaitan:

makanan sihat untuk kurus | cara sihat untuk kurus | cara pemakanan sihat untuk kurus | kesan skip breakfast | pemakanan sihat untuk kurus |

Anda ingin dapatkan badan yang langsing? Hmm.. apa sekalipun program diet yang ingin dilakukan anda perlu sedar akan batasannya dan jangan melakukannya dengan terburu-buru.

Jangan terus melakukan apa saja kaedah pelangsingan hanya kerana mahu mendapatkan susuk tubuh yang ideal. Apa yang penting ialah untuk melakukannya secara berperingkat-peringkat, iaitu dengan memulakan dengan mengatur pola makan disulami dengan aktiviti senaman yang betul.

Pakar pemakanan mengatakan bahawa program pelangsingan perlu dimulakan dengan diet sihat dan aktiviti fizikal. Salah satu saja belum mencukupi.

Jika kaedah sedemikan masih belum dapat memberikan hasil yang memuaskan, maka barulah boleh diteruskan dengan pengambilan supplemen atau ubat langsing (mengikut dos atau kadaran yang diselia oleh pakar).

Program pelangsingan yang baik harus dijalankan dengan konsep ‘back to basic’. Jika perlu menggunakan ubat, pilih ubat yang dijamin atau disahkan selamat dan berpandukan nasihat doktor.

Berjaya atau tidak program pelangsingan yang dilaksanakan itu sangat-sangat bergantung kepada keazaman, kesungguhan dan motivasi anda sendiri. Lazimnya, komitmen peringkat awal dengan mengatur pola makan dan senaman akan menetukan kejayaan program untuk anda mendapatkan badan yang langsing.

Dengan bantuan doktor, anda harus menilai sejauh mana keberkesanan pelangsingan mengikut cara asal sebelum memutuskan kaedah pelangsingan cara alternatif seperti sedut lemak, bypass dan sebagainya.

Anda tak boleh sebarangan mengatasi masalah kegemukan apa lagi dengan cara segera. Back to basic, merupakan cara yang paling ideal untuk dapatkan saiz dan bentuk badan yang diidamkan iaitu dengan cara berdiet yang betul dan aktiviti senaman.

panduan berkaitan:

petua kuruskan badan secara tradisional | petua tradisional kuruskan badan | petua kuruskan badan cara tradisional | kurus cara tradisional | cara tradisional kuruskan badan |

  • Jangan berlapar. Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle‘ (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
  • Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
  • Minum 8 gelas air sehari. Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
  • Elakkan minum minuman yang bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
  • Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
  • Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
  • Makanlah dengan perlahan-lahan. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
  • Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil. Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
  • Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit – daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
  • Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
  • Kurangkan pengambilan marjerin, mentega dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
    • Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
  • Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.
  • Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili dan biji sawi didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
  • Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
  • Simpan satu diari. Simpan satu diari makanan boleh memberi pengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
  • Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
  • Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
  • Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton TV. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
  • Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja diisi.
  • Khusus bagi kaum wanita, perlu diperhatikan tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
  • Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
  • Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
  • Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:
    • Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat.
    • Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif.
    • Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.
    • Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
    • Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

panduan berkaitan:

pemakanan untuk kurus | makanan boleh kurus | tips pemakanan untuk kurus | minuman kesihatan untuk kurus | cara pemakanan utk gekij |

15

Berikut ialah beberapa petua untuk menurunkan berat badan berlebihan…

Petua 1

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan.

Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi air, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

Petua 2

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.  Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3

Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam.

Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Petua 4

Selepas makan amalkan meminum teh hijau atau teh Cina yang dicampur dengan serbuk kulit kayu manis dan madu.

panduan berkaitan:

tips kurus | petua kurus | petua kuruskan badan dengan limau nipis | petua langsing | minum air asam jawa untuk kurus |