zv7qrnb

Punca Perut Buncit

Mengukur ukur lilit perut adalah salah satu cara menilai jaringan lemak di perut untuk mengetahui samada seseorang itu berisiko mengalami kegemukan atau obesiti dan mengalami komplikasi metabolik.

Panduan cara mengukur perut buncit.

Perut yang buncit meningkatkan potensi berlakunya sindrom metabolik seperti diabetes, hipertensi, disipidemia (gangguan lemak darah/kolesterol) serta meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan pembuluh darah tersumbat.

Ukuran lilit perut yang ditetapkan oleh WHO (Organisasi Kesihatan Sedunia) untuk Asia Pasifik adalah di bawah 90 sm untuk lelaki dan kurang 80 sm bagi wanita.

Punca Bertambahnya Ukur Lilit Perut

Gaya hidup

Pola pemakanan yang tidak betul adalah punca utama berlakunya pertambahan ukur lilit perut. Kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan pengambilan makanan melebihi jumlah yang diperlukan akan lebihan kalori disimpan sebagai lemak dalam sel-sel lemak.

Lemak yang bertimbun-timbun di seluruh tubuh termasuk perut akan meningkat seiring pertambahan berat badan dan gaya hidup tidak sihat.

Kalori berlebihan ini banyak terdapat dalam makanan kurang serat atau pun tinggi lemak tepu. Makanan diproses seperti daging, beberapa jenis marjerin, makanan bergoreng terutama yang menggunakan minyak goreng yang digunakan berulangkali, beberapa jenis kuih dan daging merah adalah antara sumber penyumbang utama.

Usia

Secara semulajadi, aktiviti seseorang akan berkurangan seiring dengan pertambahan usianya. Bahkan jisim otot akan turut berkurangan disebabkan aktiviti yang semakin berkurangan. Ini menjurus kepada penambahan berat badan dan ukur lilit perut.

Sekiranya aktiviti yang berkurangan tersebut tidak diimbangi dengan pengurangan pengambilan kalori, akibatnya semakin meningkat usia, perut akan semakin membuncit.

Keturunan

Ada sesetengah pendapat mengatakan sekiranya ibu bapa mempunyai ukur lilit perut yang besar, maka anak juga berpotensi memiliki perut yang besar. Kebanyakan lelaki cenderung menyimpan lemak di perut atas menyebabkan mereka berpotensi mempunyai perut buncit.

Sebahagian besar wanita sebelum menopaus cenderung menyimpan lemak di bawah perut, sisi peha dan pinggul. Selepas menopaus, lemak lebih banyak tersimpan di perut sebelah atas.

Alkohol

Kajian membuktikan pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan tubuh kurang efisien dalam membakar lemak. Lemak semakin banyak dalam tubuh seiringan dengan kebiasaan pengambilan alkohol.

Hormon

Peningkatan stress dalam kehidupan seharian seperti kurang tidur juga boleh menyebabkan lemak perut bertambah. Tabiat kurang tidur akan meningkatkan produksi hormon kortisol dalam otak dan sekaligus meningkatkan penimbunan lemak perut.

panduan berkaitan:

punca perut buncit | perut buncit | kenapa perut buncit | sebab perut buncit | punca perut buncit perempuan |

Comments

  1. luna says:

    Bagaimana untuk kurus dan mengekalkn nya

  2. kamen rider says:

    nak kurus jangan selalu makan malam.

  3. fizatie says:

    kenapa perut saya buncit ye?seperti orang mengandung…
    badan saya kurus…tapi perut betul2 buncit…
    mengalahkan orang mengandung…

  4. atieqah nurrissa says:

    maybe awk kne stu penyakit. mybe awk mkn mknn yg x b’hasiat.mybe 2lh sbbnye. klu xnk perut bunct,mybe kne snm kot!!! enth i dont know,i want to talk about it. mybe bnde ni x m;mbntu!!!… bru sye ingt. klo nk hilgkn perut bncit, xleh mkn KALESTROL bnyk. sbb nnte lemk akn melekt pda kult, y menyebbkn kegemukn. terutamanya, mknn b’minyak & keropok yg mempunyai pengawet.. 2jer kot.

  5. isha says:

    knpe bdn prut saye buncit..bdn x gmuk..

  6. amy says:

    suami sy dulu kurus..,semenjak dah berkahwin dn sy, perut dia membuncit seperti org mengandung.. stiap kali kami berdua balik kampung, mak mertua sering berpesan agar sy kurangkan makanan utuk suami.. suami sy pula tertekan krna kwn sekerja sering mentertawakan perutnya yg semakin membuncit,smpai d’mana peringkatnya dia tidak mau makan nasi.. tlg sy sy dh tidak thu nak buat ap2 lg..

  7. anggun says:

    sy cadangkan minum air limau nipis setiap hari..mbe boleh membantu mengatasi masalah perut buncit…slmat mencuba….

  8. zaeim farhan says:

    Kurangkan makn mknan yg kandungan karbohidrat nya tinggi..sebb karbs akn diproses menjadi tenaga utk digunakan bdan…jd bile kita makn karbs byk then kurang mlakukan aktvti fzkal,tenaga atau karbs yg tidak dgnakn akan menjadi lemak…so this will lead to obesity…tp jgn smpai ta mkn lngsng karbs…nty jd ketosis seperti org di L.A…just share what I know…further information seach on internet…yeahh…go for a healthy lifestyle malaysian…every disease start with food…be carefull with what u eat…I love u MALAYSIAN.

  9. leyna says:

    saya bru 20 taun..tapi perut je buncit mcm org umor 40 taun plak..cmne ek nak krus balik…lagipon sye bkerje dduk..dalam air cond lg..x byk kuar peluh…ade pape ptue x?thnx..

  10. sahmalah says:

    bagi tips untuk kurus…

  11. ell says:

    Wanita kurus tp buncit baik pergi scan kdg2 ada cyst atau fibroid atau dua dua sekali.

  12. sumathy says:

    badan saya kurus tapi perut saya buncit seperti perempuan….
    adakah ianya disebabkan oleh sembelit????
    adakah ianya disebabkan oleh makanan yang tidak seimbang????

  13. safri says:

    bagi tip nk mgecilkn pinggul boley tak

Speak Your Mind

*