m4s0n501
Petua Kurus dan Langsing

Petua Kurus dan Langsing

Berikut ialah beberapa petua untuk menurunkan berat badan berlebihan…

Petua 1

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan.

Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi air, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

Petua 2

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.  Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3

Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam.

Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Petua 4

Selepas makan amalkan meminum teh hijau atau teh Cina yang dicampur dengan serbuk kulit kayu manis dan madu.

panduan berkaitan:

tips kurus | petua kurus | petua kuruskan badan dengan limau nipis | petua langsing | minum air asam jawa untuk kurus |

Comments

  1. eylah says:

    jangan ambil nasi selama satu minggu akan turun berat badan.

    • ika says:

      Berkesan ke lau xmkn nsi seminngu??lau
      Lpr xmkn nsi nk mkn pe??

      • ella says:

        macam macam boleh makan dear… antaranya masa perut lapar makan epal hijau atau kalau betul2 nak diet makan capati pagi 2 keping malam 2 keping 2 minggu berat akan turun. insya allah

  2. sally says:

    klu x mkn nsi 1 mnggu pun…..x turun cmne?????

  3. asma says:

    saya xmkn nasi selama 1minggu turun 2kg dlm seminggu..tapi ada gak hari2 yg sy mkn nasi..tpi kuantiti yg sgt sedikit…satu senduk jer..tapi hari2..sy minum air asam limau nipis(potong lemak),air oren sunquick(potong lemak)..sarapan nestum(serat)..snek sy mkn biskut oat(serat)..petang sy amik sedikit bihun(paling ringan compare to other carbohidrat) jika hari tu sy xamik nasi..makan dgn sayur sawi(serat tinggi) kuah+lada hitam(lada hitam bleh turun berat badan)..hari2..pastu utk protein sy mkn ikan rebus cicah air asam..dekat sebulan sy mkn mknan cmni..kdg2 seminggu sekali ada la jgk sy amik daging or ayam…alhamdulillah..sy dh turun 5kg..hehe..yg penting jgn mkn mlm n amik sarapan pagi..senaman sy malas..kikiki..kdg2 jer..

  4. kate says:

    thanks , harap2 berjaya

  5. Nifz says:

    Ya betul… dedolu saya pernah wat diet ngan minum air limau suam tiap kali makan… memang turun byk…. tapi nak kena balancekan ngan air masak gak coz asid tinggi kan…

  6. Aisha says:

    Betul! Dalam usaha untuk , anda MESTI pandai maeanwgl nafsu makan. Kalau tak memang susah. Berikut adalah beberapa tip untuk kawal nafsu yang saya sendiri amalkan: Jangan skip makanan.Makan 5-7x sehari tetapi kuantiti yang lebih kecil dan pastikan ia tidak melebihi bajet kalori seharian.Pastikan setiap hidangan ada sumber protein yang baik. Protein lebih mengenyangkan.

    Ingat. Ia ambil masa lebih kurang 20 minit daripada suapan pertama untuk berasa kenyang. Tingkatkan pengambilan makanan berfiber. Kurangkan simple sugars sememangnya ia tidak mengenyangkan.

    Jangan simpan makanan merepek di rumah. Pastikan ada snek rumah yang lebih baik. Jangan tak makan.

  7. AlamHak says:

    Determination buat sesuatu untuk sesorg atau target Friend support.. join je mana2 page pasal diet,insyaallah dpt semangat setiap hari. kalau kita berjaya lwn nafsu mkn, kita juga leh lwn nafsu syaitan yg lain tuk berubah jadi lbh baik.

Speak Your Mind

*