Kesan Ubat Kurus

Sesetengah ubat atau suplemen diet yang diamalkan boleh membantu seseorang itu menguruskan badan dengan cepat. Tetapi, apa yang dibimbangkan adakah suplemen ini memberi kesan lain pada kesihatan seperti menyebabkan penyakit yang kronik dan sebagainya?

Jawapan:

Walaupun terdapat suplemen diet di pasaran yang mempunyai keupayaan membantu mengurangkan berat badan tetapi bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut tidak semestinya dijamin selamat sepenuhnya.

Justeru, pengambilan ubat untuk kurus atau suplemen diet ada kemungkinan boleh menyebabkan kesan sampingan yang membawa padah kepada kesihatan tubuh. Maka, disyorkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang pil kurus atau ubat-ubatan dan hentikan penggunaan pil atau suplemen tersebut dengan serta-merta sekiranya terdapat sebarang simptom atau kesan sampingan.

panduan berkaitan:

ubat kurus | kesan ubat kurus | kesan pengambilan ubat kurus | ubat untuk kurus | kesan pengambilan pil kurus |

Speak Your Mind

*