Cara Menurunkan Berat Badan

Teknik berdiet dengan menahan lapar sepanjang minggu atau bulan sebagai satu cara menurunkan berat badan tentunya meletihkan. Bukan saja ia umpama suatu ‘seksaan’, adakalanya di pertengahan jalan ada juga gagal menghabiskan program dietnya.

Namun, menurut kajian kes yang dijalankan oleh pakar diet Michelle Harvie, pakar diet dari Genesis Prevention Center di University Hospital, USA, jika ingin berdiet tidak perlu dilakukan setiap hari. Penemuan beliau ialah cara menurunkan berat badan dengan berkesan mampu dicapai dengan hanya menjalani diet dua kali dalam seminggu.

Program diet tersebut menerapkan pengambilan makanan sebanyak 1,500 kalori sahaj setiap hari. Tetapi hanya perlu dilakukan dua kali dalam seminggu.

Menurut laporannya, dalam empat bulan, berat badan berkurangan secara purata 4 kilogram seorang, sedangkan kumpulan yang menjalankan diet setiap hari hanya turun sekitar 2 kilogram seorang.

Rahsianya adalah meminimakan pengambilan makanan mengandungi karbohidrat, dan dalam masa yang sama menggantikan dengan pemilihan makanan yang mampu memberi rasa kenyang.

Dalam kajian yang dijalankan, Harvie melibatkan 88 peserta wanita yang diminta menjalani beberapa program diet yang berbeza. Sebahagian kumpulan menjalani diet dua kali dalam seminggu, sementara kumpulan lain menjalani diet seperti biasa dengan membataskan jumlah kalori.
cara berkesan turunkan berat badan

Kumpulan pertama menjalani diet Mediteranian dengan menu yang didominasi ikan dan buah-buahan, serta pembatasan kalori sebanyak 1,500 kalori selama 2 hari seminggu. Kumpulan yang menjalani diet biasa pula dibataskan pengambilan kalori sebanyak 650 kalori setiap hari.

Diet yang hanya dilakukan dua kali seminggu tampak lebih mudah dijalankan, biarpun pada awalnya mungkin akan terasa sangat menyeksakan. Baki lima hari lagi (dalam seminggu) dimanfaatkan untuk ‘tempoh relaks’ agar tidak cepat bosan dan tertekan.

panduan berkaitan:

cara kuruskan badan dalam seminggu | petua kuruskan badan dalam seminggu | cara menguruskan badan dalam seminggu | kurus dalam 2 minggu | kurangkan berat badan dalam seminggu |

Comments

  1. intan nordin says:

    How to maintain weight?
    Actually i’m not too fat & not too thin.
    Weight : 60kg (but still weight for me)
    Hight : 152cm

    Thank you.

  2. Izzati Sha'aree says:

    my weight easily gain when I take rice…Im really worried
    my weight:58
    My height:160.4

Speak Your Mind

*