Cara Hilangkan Perut Buncit

Perut buncit bukan sahaja membuatkan penampilan seseorang itu jadi kurang menarik, bahkan adakalanya ia juga boleh mendorong perasaan rendah diri kepada sesetengah individu.

Untuk mengelak daripada perut terus buncit, di sini dikongsikan beberapa panduan untuk mengempiskan perut atau menghilangkan perut buncit untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang sepatutnya.

Minum air

Jika anda merasakan perut kembung dan penuh dengan air, cuba atasinya dengan minum lebih banyak air. Ini kerana ia dapat membantu mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem badan. Selain itu ia juga dikatakan dapat mengeluarkan segala toksik yang terkandung dalam tubuh.

Makan dengan tertib

Elak daripada makan dengan cepat dan terburu-buru kerana ia akan menyebabkan anda menelan makanan dengan cepat sebelum sempat mengunyahnya hingga hancur. Ini akan menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehingga mampu membentuk gas yang menjadi punca perut kembung. Justeru, ubahlah cara makan. Setiap kali menikmati hidangan, cuba makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.

Kurangkan garam

Terlalu banyak garam dalam diet atau makanan yang diambil akan menambahkan jumlah sodium di dalam cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.

Hindari sembelit

Sembelit juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar dari saiz yang sepatutnya. Untuk menghindari sembelit, makanan perlu mengandungi serat termasuk dari buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pilih serat yang sesuai

Serat adalah elemen penting dalam diet. Tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut menjadi buncit atau boroi, cuba makan serat dari jenis buah-buahan yang banyak air seperti epal dan buah lai (pear).

Senaman

Aktiviti senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan sistem dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia dikeluarkan melalui peluh dan disalurkan ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing (urine).  Senaman yang disarankan ialah berjogging dan aerobik.

panduan berkaitan:

cara menghilangkan perut buncit | hilangkan perut buncit | menghilangkan perut buncit | cara hilangkan perut buncit | petua hilangkan perut buncit |

Comments

  1. cik nadya ELIAS says:

    TOLONG BG TIPS UNTUK PERUT BUNCIT..

  2. anityson says:

    aslamualaiakum………..

    bagaimana caranya menurunkan badan tanpa harus mengurangi nafsu makan?????
    ples…..

    thank you
    sob

    • Ila Ishak says:

      saya telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 7 kg dlm masa 3 bulan. saya tidak menjalani latihan di gym dan tidak menderita lapar. saya mempunyai ketinggian 149cm sahaja dan saya mula serius utk menurunkan berat badan saya sejak bulan Jun lalu dimana berat saya mencapai 59kg. saya bermula dengan berpuasa sunat dan berbuka dgn minum air putih sbyk 2 gelas. kemudian makan buah2 barulah menjamah makanan berat. banyakkan minum air putih. (dr berbuka smpai bersahur cuba minum air putih tidak kurang dari 10 gelas) bulan seterusnya pn begitu. kurangkan ambil nasi. saya cuma ambil nasi 2 @ 3 kali seminggu. Diantaranya saya ambil makanan jenis berkuah samada sup, tomyam, hailam etc tukar2 mee/mihun supaya xboring. kalaupun ambil nasi kurangkan portion nasi tu dan lebihkan sayur. saya biasa ambil 2 @3 jenis sayur sekali. saya tidak ambil minuman berais. sentiasa bawa bekal buah- 2 ke pejabat dan makan buah tu dlm pukul 11 pg so nnt tgh xrasa lapar giler. ptg makan lg buah. Air putih paling penting! tp awas anda akan selalu ke tandas ttp itulah sebenar yg membantu menurunkan berat krn setiap kali kencing urine kita membawa 0.05% lemak. Lepas buang air kita akan rasa dahaga semula takpe..minum lg.

  3. Tamami says:

    Buncit & Proud

  4. husna ct says:

    assalammualaikum….

    sapa berjaya mengkurangkn berat badan.klu ade sesiapa yg berjaya kogsi lh gn sye..ye..

  5. deezurina says:

    bagoslah

  6. atieqah nurrissa says:

    assalam.
    xyh sush2 klo nk kurus senmn jer.
    byakkn minum air,kurngkan mkn bnyk & berminyk pasti ideal pnyelh..
    pesann dari sye:)

  7. muhamad radzi says:

    Bagaimana saya nak kurang berat saya yang kadang-kadang turun naik.dan macam mana cara nak hilang kan perut buncing saya

  8. rahimin says:

    Tips untuk kurus? Macam – mana dah cuba! Tapi bila jenis yang terus nak dapat kesan dengan cepat, then tak berjaya, for sure la berhenti setakat tu sahaja kan? Lepas tu cakap kat diri sendiri, biar la nak gemuk pun! Dah tak nak turun nak buat macam mana kan? Ok…Sila jangan ikut statement di atas sebab kalau kita nak kan sesuatu kita kena kuat semangat!!! Usaha sehingga ke titisan terakhir! Tak boleh malas – malas dan tak boleh skip – skip even satu steps pun!

  9. erry says:

    salam. hey. just nak tanye sikit. kalau perut buncit nthen kite buat senaman untk kurus tp senaman yang dibuat adalah senaman untk dptkan 6pack, perut buncit ni boleh mngecil or still besar but fit? sbb tertanya2 tkut kalau perut buncit tp buat senaman 6pack nnt perut dengan badan tk mengecil just fit kan badan but still nmpk besar.

  10. sahmalah says:

    tolong bagi tips untuk hilangkan perut puncit

  11. nadzaim says:

    Sedang berusaha untuk menurunkan perut buncit ni..semoga saya berjaya juga..

Speak Your Mind

*