Buah Untuk Diet

Menurut pendapat umum, antara makanan yang berkhasiat ialah dari kategori buah-buahan. Buah-buahan bagus dimakan mentah atau dibuat jus kerana dikatakan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi. Bahkan, ada yang gemar makan buah kerana rasanya yang sedap semata-mata.

Tetapi dalam banyak-banyak buah tentu sahaja ada beberapa jenis buah tertentu yang sesuai dan membantu dalam usaha mengurangkan berat badan.

Di sini dikongsikan enam jenis buah untuk diet yang boleh membantu:

Buah-Buahan Untuk Mengurangkan Berat Badan

Limau

buah oren untuk diet
Jika dibandingkan antara banyak-banyak buah, limau dipercayai mengandungi serat paling tinggi. Yang menariknya juga, serat yang terdapat di dalam buah limau adalah serat yang larut di dalam air sekaligus membantu mengurangkan keinginan seseorang untuk makan.

Tembikai

buah tembikai untuk kurus

Buah ini penuh dengan air sehingga mencapai 92 peratus daripada isi kandungan. Buah tembikai mampu mengenyangkan dan sekaligus membantu mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan. Elok juga sebelum makan nasi, cuba amalkan makan buah dahulu seperti buah tembikai.

Grapefruit

grapefruit untuk diet

Grapefruit dikatakan mempunyai kandungan asam yang dapat menyingkirkan kalori lemak yang terdapat dalam makanan yang diambil.

Berry

BTK5A6 A variety of berries in a plastic carton and loose on a white napkin

Blackberry, blueberry, raspberry dan strawberi adalah sumber makanan yang paling kaya dengan kandungan antioksidan yang dapat mengimbangi metabolisme tubuh.

Anggur

buah anggur bantu diet

Kandungan antioksidan dalam anggur juga dikatakan dapat membantu mencegah pembentukan lemak dalam perut.

Epal

buah epal untuk diet

Berdasarkan kajian, berat badan seseorang mampu diturunkan sehingga 33 peratus daripada berat sebelumnya sekiranya sering mengamalkan makan epal sebelum mula menjamah makanan berat lain.

panduan berkaitan:

buah anggur | makan buah untuk kurus | buah untuk kuruskan badan | buah grapefruit | kurus makan buah |

Speak Your Mind

*

m4s0n501